dua minggu lepas saya memulakan kerja landskap saya agak awal...cita-cita untuk membaik kayu tompang untuk pokok menjalar dan sedikit pangkasan pucuk untuk mendapatkan corak pokok yang diidamkan
ini alatan yang perlu tuan-tuan ada...iaitu gunting pokok, penukul, tali pengukur, gergaji dan penimbang air untuk hasil yang bermutu
hahahahaha, pastikan anda ada pembantu yang dapat menolong bila-bila masa...untuk segmen minggu nie..anak bongsu saya..ahmad izzfahim bersedia membantu...
pasangkan kayu asal dengan cara baru...guna sahaja sukatan lama..buat semula corak yang anda inginkan..cuma pastikan bahawa kawasan yang hendak dibuat tompangan pokok menjalar ada sinaran matahari...untuk kelihatan menarik pastikan kayu dipasang dengan lurus dan sama...guna penimbang air untuk aktiviti ini
memandangkan pokok sedia ada dan telah dewasa...pasang kayu bermula dari bawah atau mengikut lilitan yang diperlukan...ini kiranya kerja terbalik la.. sambil bertukang dan pangkas dahan atau tunas yang tidak diperlukan untuk sesuaikan dengan kayu tompang atau penyanggah
hahahahaha...akhirnya siap jugak pokok menjalar dengan kayu tompang bentuk baru...ini akan dicat dengan warna kayu...cat dah ada cuma belum ada kesempatan untuk mengecatnya
bahagian bawah pun dah kemas...nanti nak letak batu batu harimau untuk lebih menarik mengantikan pokok pakis yang telah dibuang
hehehehehe...thanks ahmad izzfahim atas bantuan yang dihulurkan