012-3841340.... azman ( Selama Pigeon )

Monday, May 31, 2010

ANAK SIAPA

salam 2 all,

pada 20 mei 2010, reban rumah saya menerima lagi anak-anak ayam baru. semuanya berjumlah 8 ekor. cuma kali ini sukar untuk saya menentukan ibu ayam manakah merupakan induk anak-anak yang comel ini. ini berlaku kerana 3 ekor induk telah bertelur serentak dalam sebuah bekas. penjantannya tetap iaitu Jaguh Bertam. seekor anak sahaja yang boleh dikenalpasti sebagai anak kepada anak mahang kerana berwarna kelabu. pada hari ke 3, 2 ekor anak telah mati, kini semuanya hanya berjumlah 6 ekor. saya amat berharap dapat la seekor dua anak gesir kerana ibu ini belum pun mempunyai baka dalam reban saya.








SERAMA A

salam 2 all,

dua minggu lepas saya ke keramat, kuala lumpur untuk megambil 2 ekor merpati ekor kembang penjantan setelah mendapati kedua-dua merpati fantail saya betina. kesempatan untuk bertandang ke rumah seorang peminat burung telah membolehkan saya melihat ternakan ayam serama yang juga terdapat di rumahnya. dengan pemberian sepasang serama ini , mungkin saya akan menjadi pembiakbaka serama selepas ini. ayam ini dalam lingkungan umur 3 bulan, dah boleh berkokok sekarang, saiznya memang kecil, cuba lihat serama ini berbanding anak ayam sabung saya yang berumur seminggu.

























Wednesday, May 5, 2010

A1FH1 dah besar

salam 2 all,

anak kacukan jaguh bertam dan anak bernam kini telah pun berusia sebulan seminggu, melihat pada tumbesar kedua-duanya nampak sihat. campuran sisik kelubi sebelah jantan dan sisik denai sebelah ibu menghasilkan sisik kelubi yang menarik. seekor daripadanya mempunyai pawat 2 baris yang sangat jelas. ciri fizikal anak ayam ini masih terikat dengan corak bulu berwarna coklat, warna lawi hanya akan diketahui dalam tempoh 2 bulan akan datang. balungnya pun kena tunggu sehingga waktu tersebut. 2 ekor ini bukan untuk jualan selagi belum diketahui ciri dan permainannya.