012-3841340.... azman ( Selama Pigeon )

Monday, August 9, 2010

laluan penjalan kaki

salam 2 all

semalam sepanjang hari saya berada di rumah, merancang untuk membersihkan rumah yang berdebu dan pokok-pokok yang hampir sebulan tak dipangkas dahan dan daun. sabtu saya pangkas pokok-pokok spesis halia sebelah pangkin papan yang saya bina.


ahad saya rancang nak kemaskan semula laluan perjalan kaki yang penuh dengan sisa simen dan tanah. sejak pagi puas mencari kemera yang salah letak. jadi sampai tengahari tak dapat la saya nak ambil gambar langkah-langkah untuk membuat semula laluan tersebut dalam bentuk baru.
pada asalnya laluan ini berbentuk empat segi sahaja. setelah puas berfikir saya bercadang membuatnya dalam bentuk 1/4 bulatan sahaja. setelah saya korek tanah kawasan tersebut dan membuat asas tapak penjalan kaki, sebenarnya adalah lebih elok sekiranya bahagian tanah dilapik dengan plastik atau kain berasas plastik untuk menghalang pertumbuhan rumput dan timbunan pasir, cuma kerana tiada bahan berkenaan dirumah saya lupakan/biarkan sahaja langkah tersebut.
bahan yang digunakan untuk membuat laluan tersebut hanya bahan kitar semula terdiri daripada batuan penjalan kaki gunung berapi, batuan kapur berwarna putih, batu sungai, batuan mata harimau dan bata merah biasa. akhirnya tempat jam 1 tengahari siaplah laluan penjalan kaki yang dicita-citakan. rumput tu saya baru tanam untuk kemasan akhir

ayam serama dah besar

salam 2 all,

seronok melihat ayam serama nie membesar, memang harapan tu agar membiak la nanti. yang jantan dah pun lama berkokok, sejak sebulan ini asyik nak mengawan saja. yang betina masih belum matang sepenuhnya untuk bertelor. pasangan serama ini mungkin perlu ditambah untuk mendapat warna-warna lain, cuma nak tengok hasilnya nanti. kalau ada rezeki bulan november nanti nak kelantan dan terengganu, mungkin boleh mencari seekor dua induk betina yang cantik an berlainan warna. kawan-kawan dan sedara mara pun dah mula nak tempah-tempah nie, huhuhuhuh