012-3841340.... azman ( Selama Pigeon )

Friday, May 20, 2016

Lawatan JPV Hulu Selangor

salam untuk semua....

setelah menternak ayam dalam 3 tahun... ini kali kedua JPV datang melawat... kali pertama ketika reban diserang penyakit coryza yang teruk setahun lepas... seronok dengan lawatan kedua ini kerana kakitangan yang hadir sangat dedikasi dan peramah... 4 orang yang datang.

tujuan kunjungan dimaklumkan untuk mendapatkan sampel ayam yang diternak.. tarikh 7/5/2016... sukar percaya pegawai kerajaan bertugas pada hari sabtu.. tetapi itulah hakikatnya .. tahniah kepada team JPV walaupun kaedahnya main redah je

3 ekor ayam telah diambil darah dan sedikit calitan di buntut... saya masih menunggu apakah hasil sampel yang diberikan... seekor ayam lagi diserahkan untuk tujuan sampel organ dalamaan agaknya. usaha murni ini saya puji

dalam masa yang sama permohonan permit ternakan ayam juga dibuat melalui proses yang ringkas... nama dan pemilikan serta diberi no rujukan untuk kegunaan masa depan. kawasan reban juga ditanda dengan kordinat gsp rasanya.. no telefon tangan pun diambil....

maka persoalannya... kalau begini mudah mendapat perkhidmatan kenapa JPV jauh dari hati penternak... saya sendiri hanya sekali berkunjung ke JPV tahun 2014 untuk bantuan apabila ayam sakit... seorang kakitangan yang kemudian datang... ke reban... ayam pun taknak diperiksa dan diambil sampel.... maka pendekatan turun padang yang dibuat kali ini mungkin akan mentaut kembali hubungan penternak dan JPV... sekiranya tidak.... saya selesa berpergian berjumpa doc haiwan swasta sahaja.....

saya hanya akan membuat keputusan sebulan lagi kerana kata empat kakitangan yang berkunjung... hasil ujian akan diketahui dalam tempoh sebulan... apa pun bravo team JPV Hulu Selangor...

PERKHIDMATAN VETERINAR DAERAH HULU SELANGOR
44000 Kuala Kubu BharuNo Tel : 03-60641041
No Faks : 03-60641761

 Pejabat PerkhPejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Hulu Selangoridmatan Veterinar Daerah Hulu Selangor

Tuesday, May 17, 2016

KURSUS PEMAKANAN ALTERNATIF AYAM SIRI 2/2016

salam to all,

Pada tarikh 7/5/2016 seramai 7 orang peserta telah menyertai Kursus Pemakanan Alternatif Ayam yang telah dijalankan di kawasan reban ayam saya di kampung Gesir Tengah , Hulu Selangor. Saya teruja menjalankan kursus kerana minat mendalam terhadap proses pengajaran dan didorong minat mendalam berkaitan ternakan.

Kursus ini merupakan siri 2/2016... fokus masih kepada meningkatkan kemahiran dan ilmu peserta dalam pembuatan makanan ayam berasaskan teknologi bokashi yang disesuaikan dengan kemampuan peserta mencari dan mengunakan bahan termurah dan jimat dari persekitaran mereka sendiri. Sambil berkursus peserta juga diterapkan kepentingan  sikap positif dalam penternakan.