012-3841340.... azman ( Selama Pigeon )

Monday, May 31, 2010

ANAK SIAPA

salam 2 all,

pada 20 mei 2010, reban rumah saya menerima lagi anak-anak ayam baru. semuanya berjumlah 8 ekor. cuma kali ini sukar untuk saya menentukan ibu ayam manakah merupakan induk anak-anak yang comel ini. ini berlaku kerana 3 ekor induk telah bertelur serentak dalam sebuah bekas. penjantannya tetap iaitu Jaguh Bertam. seekor anak sahaja yang boleh dikenalpasti sebagai anak kepada anak mahang kerana berwarna kelabu. pada hari ke 3, 2 ekor anak telah mati, kini semuanya hanya berjumlah 6 ekor. saya amat berharap dapat la seekor dua anak gesir kerana ibu ini belum pun mempunyai baka dalam reban saya.








SERAMA A

salam 2 all,

dua minggu lepas saya ke keramat, kuala lumpur untuk megambil 2 ekor merpati ekor kembang penjantan setelah mendapati kedua-dua merpati fantail saya betina. kesempatan untuk bertandang ke rumah seorang peminat burung telah membolehkan saya melihat ternakan ayam serama yang juga terdapat di rumahnya. dengan pemberian sepasang serama ini , mungkin saya akan menjadi pembiakbaka serama selepas ini. ayam ini dalam lingkungan umur 3 bulan, dah boleh berkokok sekarang, saiznya memang kecil, cuba lihat serama ini berbanding anak ayam sabung saya yang berumur seminggu.

























Wednesday, May 5, 2010

A1FH1 dah besar

salam 2 all,

anak kacukan jaguh bertam dan anak bernam kini telah pun berusia sebulan seminggu, melihat pada tumbesar kedua-duanya nampak sihat. campuran sisik kelubi sebelah jantan dan sisik denai sebelah ibu menghasilkan sisik kelubi yang menarik. seekor daripadanya mempunyai pawat 2 baris yang sangat jelas. ciri fizikal anak ayam ini masih terikat dengan corak bulu berwarna coklat, warna lawi hanya akan diketahui dalam tempoh 2 bulan akan datang. balungnya pun kena tunggu sehingga waktu tersebut. 2 ekor ini bukan untuk jualan selagi belum diketahui ciri dan permainannya.

Monday, April 26, 2010

ANAK MALIM ( UA1)

salam 2 all,

Benih batang kaki asli ini merupakan pemberian cikgu chan dari taman bernam. diberi nama anak malim kerana lahir dan menetap di tg malim, hahahahaha. umurnya sekarang dalam lingkungan 5 bulan. dalam 2 hingga 3 bulan lagi insyaAllah akan bertelur. memang bagus teknik dikalangan pemelihara ayam untuk meletakkan ayam mereka di rumah kawan-kawan. sekurangnya kalau apa2 berlaku di rumah sendiri, masih ada ayam di rumah kawan-kawan. kedua boleh mendapat baka kacukan baru dengan penjantan di rumah kawan. saiz ayam betina ini agak kecil, cuma kena la tunggu sekurangnya setahun untuk menilai hasil kacukan denga Jaguh Bertam.

MEMPERKENALKAN ANAK MAHANG ( ZA1)

salam 2 all,

ini merupakan penampilan sulung anak mahang, ayam ini saya kacuk benih ibu taji pinjaman daripada cikgu chan dengan ayam jantan peliharaan abg nuar. diberi nama anak mahang kerana ini sahaja benih ayam yang asal daripada peliharaan saya dari kg bukit bertam. itu pun saya dapat daripada abg nuar yang memelihara baka ini sejak 2003. ibu ayam ini sangat produktif dari segi bertelor dan menghasilkan anak. setakat ini hasilnya sudah ada tiga kelompok iaitu A1ZA1-1, A1ZA1-2 dan terbaru AIZA1-3. cuma anak-anaknya belum teruji la. jadi kena la tunggu beberapa bulan lagi untuk melihat hasilnya. Benih anak mahang telah dipelihara sejak tahun 1997 lagi, cuma kali ini nak melihat hasil kacukan dengan Jaguh kumbang lilin A1

A1ZA1-3 DAH BESAR

salam 2 all,

dah dua minggu sejak saya ambil gambar A1ZA1-3, dah besar dan sihat kelompok 3 anak-anak ZA1 bersama A1, umur dah masuk minggu ke 3 sekarang, sihat dan sangat ceria, harap-harap tak kena selsema atau cacing, musim hujan sekarang memang mencabar nak bela 6 ekor baby nie

Thursday, April 15, 2010

KOLAM KELAH

salam 2 all

berminat nak membuat kolam ikan, fikirkan tentang beberapa perkara sebelum membinanya terutama melibatkan kos membina, menjaga dan merawat kolam. ikan jenis apa yang hendak dipelihara, makanan jenis apa yang hendak diberikan dan kosnya. rekabentuk kolam juga perlu diambilkira sekurang-kurangnya untuk menjaga keselamatan anak-anak dan keselesaan ahli keluarga. paling penting ialah masa yang anda ada untuk mengekalkan kolam dan ikan dalam keadaan baik sepanjang masa.

saya telah membina sebuah kolam dengan keluasan 9x9 kaki dan mempunyai kedalaman 2.5 kaki. memang agak besar untuk ruang yang terhad, cuma mungkin kalau kawan-kawan lihat gambar ada idea untuk menambah lagi keserian kolam saya. jangan cemburu untuk kaki pancing dan jangan sesekali berhasrat nak memancing dalam kolam saya. kolam ini memuatkan 7 ekor kelah merah. adios