nak beli telefon je 012-3841340


lahore nie sepasang RM 350

merpati salji nie....sebab putih asli saya jual RM 250 sepasangapabila minat menjana keuntungan....CERITA TENTANG AYAM... BURUNG... KURSUS... and segala yang berkaitan

ini alatan yang perlu tuan-tuan ada...iaitu gunting pokok, penukul, tali pengukur, gergaji dan penimbang air untuk hasil yang bermutu




pasangkan kayu asal dengan cara baru...guna sahaja sukatan lama..buat semula corak yang anda inginkan..cuma pastikan bahawa kawasan yang hendak dibuat tompangan pokok menjalar ada sinaran matahari...untuk kelihatan menarik pastikan kayu dipasang dengan lurus dan sama...guna penimbang air untuk aktiviti ini
memandangkan pokok sedia ada dan telah dewasa...pasang kayu bermula dari bawah atau mengikut lilitan yang diperlukan...ini kiranya kerja terbalik la.. sambil bertukang dan pangkas dahan atau tunas yang tidak diperlukan untuk sesuaikan dengan kayu tompang atau penyanggah
hahahahaha...akhirnya siap jugak pokok menjalar dengan kayu tompang bentuk baru...ini akan dicat dengan warna kayu...cat dah ada cuma belum ada kesempatan untuk mengecatnya
bahagian bawah pun dah kemas...nanti nak letak batu batu harimau untuk lebih menarik mengantikan pokok pakis yang telah dibuang
hehehehehe...thanks ahmad izzfahim atas bantuan yang dihulurkan
pada asalnya laluan ini berbentuk empat segi sahaja. setelah puas berfikir saya bercadang membuatnya dalam bentuk 1/4 bulatan sahaja. setelah saya korek tanah kawasan tersebut dan membuat asas tapak penjalan kaki, sebenarnya adalah lebih elok sekiranya bahagian tanah dilapik dengan plastik atau kain berasas plastik untuk menghalang pertumbuhan rumput dan timbunan pasir, cuma kerana tiada bahan berkenaan dirumah saya lupakan/biarkan sahaja langkah tersebut.
















