012-3841340.... azman ( Selama Pigeon )

Tuesday, August 16, 2016

Kursus Pemakanan Alternatif Ayam Siri 3/2016

salam

Kursus Pemakanan Alternatif Ayam ( KPAA ) merupakan satu kursus yang menitikberatkan kepada kemampuan peserta mencari alternatif penjimatan makanan ayam tanpa meninggalkan keperluan nutrien ayam. KPAA kali ini menghadirkan 4 orang peserta yang datang sejauh negeri Kedah seorang dan 3 yang lain dari negeri Selangor.

Objektif utama masih sama seperti kursus yang lepas :
         peserta tahu kandungan protin, karbohidrat dan mineral dalam bahan asas pembuatan makanan ayam
         peserta tahu bahan-bahan yang boleh dijadikan makanan ayam dari sumber yang murah ,percuma dan berkhasiat
         peserta tahu membuat FAA ( Fish Amino Acid) mengunakan sisa ikan
         Peserta tahu membuat enzim  mengunakan sisa sayuran
         Peserta tahu membuat bokashi dedak mengunakan sumber yang murah dan berkhasiat
         peserta tahu membuat bokashi sisa mengunakan lebihan makanan dengan berkesan

Saya menitikberatkan 6 objektif ini kerana beranggapan kefahaman mereka akan berkembang dan seterusnya akan berjaya menformulakan makanan sendiri berasaskan bahan-bahan yang murah dan boleh didapati di kawasan sendiri namun aspek terpenting yang ditekankan ialah murah dan memenuhi keperluan nutrien ayam

KPAA kali ini juga membincangkan cabaran utama pembuatan makanan ayam sendiri iaitu stabiliti protin dalam makanan ayam . isu ini diangkat kerana ramai penternak yang gagal memahami bahawa keperluaan ini sangat penting untuk memastikan ternakan mereka membesar dan seterusnya menghasilkan pulangan yang diharapkan.


Bukan sahaja isu protin, bahkan karbohidrat dan mineral juga tersangat penting untuk memastikan usaha pembuatan makanan berbaloi dilakukan sehingga penjimatan berhasil. Inilah intipati kursus seharian yang dilalui. moga kumpulan 3/2016 mendapat ilmu dan kemahiran untuk diaplikasi di reban masing-masing   



Friday, May 20, 2016

Lawatan JPV Hulu Selangor

salam untuk semua....

setelah menternak ayam dalam 3 tahun... ini kali kedua JPV datang melawat... kali pertama ketika reban diserang penyakit coryza yang teruk setahun lepas... seronok dengan lawatan kedua ini kerana kakitangan yang hadir sangat dedikasi dan peramah... 4 orang yang datang.

tujuan kunjungan dimaklumkan untuk mendapatkan sampel ayam yang diternak.. tarikh 7/5/2016... sukar percaya pegawai kerajaan bertugas pada hari sabtu.. tetapi itulah hakikatnya .. tahniah kepada team JPV walaupun kaedahnya main redah je

3 ekor ayam telah diambil darah dan sedikit calitan di buntut... saya masih menunggu apakah hasil sampel yang diberikan... seekor ayam lagi diserahkan untuk tujuan sampel organ dalamaan agaknya. usaha murni ini saya puji

dalam masa yang sama permohonan permit ternakan ayam juga dibuat melalui proses yang ringkas... nama dan pemilikan serta diberi no rujukan untuk kegunaan masa depan. kawasan reban juga ditanda dengan kordinat gsp rasanya.. no telefon tangan pun diambil....

maka persoalannya... kalau begini mudah mendapat perkhidmatan kenapa JPV jauh dari hati penternak... saya sendiri hanya sekali berkunjung ke JPV tahun 2014 untuk bantuan apabila ayam sakit... seorang kakitangan yang kemudian datang... ke reban... ayam pun taknak diperiksa dan diambil sampel.... maka pendekatan turun padang yang dibuat kali ini mungkin akan mentaut kembali hubungan penternak dan JPV... sekiranya tidak.... saya selesa berpergian berjumpa doc haiwan swasta sahaja.....

saya hanya akan membuat keputusan sebulan lagi kerana kata empat kakitangan yang berkunjung... hasil ujian akan diketahui dalam tempoh sebulan... apa pun bravo team JPV Hulu Selangor...

PERKHIDMATAN VETERINAR DAERAH HULU SELANGOR
44000 Kuala Kubu BharuNo Tel : 03-60641041
No Faks : 03-60641761

 Pejabat PerkhPejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Hulu Selangoridmatan Veterinar Daerah Hulu Selangor

Tuesday, May 17, 2016

KURSUS PEMAKANAN ALTERNATIF AYAM SIRI 2/2016

salam to all,

Pada tarikh 7/5/2016 seramai 7 orang peserta telah menyertai Kursus Pemakanan Alternatif Ayam yang telah dijalankan di kawasan reban ayam saya di kampung Gesir Tengah , Hulu Selangor. Saya teruja menjalankan kursus kerana minat mendalam terhadap proses pengajaran dan didorong minat mendalam berkaitan ternakan.

Kursus ini merupakan siri 2/2016... fokus masih kepada meningkatkan kemahiran dan ilmu peserta dalam pembuatan makanan ayam berasaskan teknologi bokashi yang disesuaikan dengan kemampuan peserta mencari dan mengunakan bahan termurah dan jimat dari persekitaran mereka sendiri. Sambil berkursus peserta juga diterapkan kepentingan  sikap positif dalam penternakan.

  





Thursday, March 24, 2011

jualan merpati salji n lahore

salam 2 all,

nak beli telefon je 012-3841340



lahore nie sepasang RM 350




merpati salji nie....sebab putih asli saya jual RM 250 sepasang

Wednesday, November 10, 2010

yang perlu sedikit kerajinan dan kreativiti



salam 2 all

dua minggu lepas saya memulakan kerja landskap saya agak awal...cita-cita untuk membaik kayu tompang untuk pokok menjalar dan sedikit pangkasan pucuk untuk mendapatkan corak pokok yang diidamkan
ini alatan yang perlu tuan-tuan ada...iaitu gunting pokok, penukul, tali pengukur, gergaji dan penimbang air untuk hasil yang bermutu

hahahahaha, pastikan anda ada pembantu yang dapat menolong bila-bila masa...untuk segmen minggu nie..anak bongsu saya..ahmad izzfahim bersedia membantu...

pertama sekali buka kembali kayu yang asal...seperti di bawah...pastikan semua paku ditanggalkan dari dinding...sekiranya ada kesan-kesan paku untuk lebih menarik tampal semua lubang dan cat semula kawasan tersebut
pasangkan kayu asal dengan cara baru...guna sahaja sukatan lama..buat semula corak yang anda inginkan..cuma pastikan bahawa kawasan yang hendak dibuat tompangan pokok menjalar ada sinaran matahari...untuk kelihatan menarik pastikan kayu dipasang dengan lurus dan sama...guna penimbang air untuk aktiviti ini

memandangkan pokok sedia ada dan telah dewasa...pasang kayu bermula dari bawah atau mengikut lilitan yang diperlukan...ini kiranya kerja terbalik la.. sambil bertukang dan pangkas dahan atau tunas yang tidak diperlukan untuk sesuaikan dengan kayu tompang atau penyanggah
hahahahaha...akhirnya siap jugak pokok menjalar dengan kayu tompang bentuk baru...ini akan dicat dengan warna kayu...cat dah ada cuma belum ada kesempatan untuk mengecatnya
bahagian bawah pun dah kemas...nanti nak letak batu batu harimau untuk lebih menarik mengantikan pokok pakis yang telah dibuang
hehehehehe...thanks ahmad izzfahim atas bantuan yang dihulurkan




Monday, August 9, 2010

laluan penjalan kaki

salam 2 all

semalam sepanjang hari saya berada di rumah, merancang untuk membersihkan rumah yang berdebu dan pokok-pokok yang hampir sebulan tak dipangkas dahan dan daun. sabtu saya pangkas pokok-pokok spesis halia sebelah pangkin papan yang saya bina.


ahad saya rancang nak kemaskan semula laluan perjalan kaki yang penuh dengan sisa simen dan tanah. sejak pagi puas mencari kemera yang salah letak. jadi sampai tengahari tak dapat la saya nak ambil gambar langkah-langkah untuk membuat semula laluan tersebut dalam bentuk baru.
pada asalnya laluan ini berbentuk empat segi sahaja. setelah puas berfikir saya bercadang membuatnya dalam bentuk 1/4 bulatan sahaja. setelah saya korek tanah kawasan tersebut dan membuat asas tapak penjalan kaki, sebenarnya adalah lebih elok sekiranya bahagian tanah dilapik dengan plastik atau kain berasas plastik untuk menghalang pertumbuhan rumput dan timbunan pasir, cuma kerana tiada bahan berkenaan dirumah saya lupakan/biarkan sahaja langkah tersebut.
bahan yang digunakan untuk membuat laluan tersebut hanya bahan kitar semula terdiri daripada batuan penjalan kaki gunung berapi, batuan kapur berwarna putih, batu sungai, batuan mata harimau dan bata merah biasa. akhirnya tempat jam 1 tengahari siaplah laluan penjalan kaki yang dicita-citakan. rumput tu saya baru tanam untuk kemasan akhir

ayam serama dah besar

salam 2 all,

seronok melihat ayam serama nie membesar, memang harapan tu agar membiak la nanti. yang jantan dah pun lama berkokok, sejak sebulan ini asyik nak mengawan saja. yang betina masih belum matang sepenuhnya untuk bertelor. pasangan serama ini mungkin perlu ditambah untuk mendapat warna-warna lain, cuma nak tengok hasilnya nanti. kalau ada rezeki bulan november nanti nak kelantan dan terengganu, mungkin boleh mencari seekor dua induk betina yang cantik an berlainan warna. kawan-kawan dan sedara mara pun dah mula nak tempah-tempah nie, huhuhuhuh